Friday, May 27, 2011

seperti pohon


ada yang terus, ada yang ke tepi..
ada yang ke kanan, ada yang ke kiri..
ada yang ke depan, ada yang ke belakang..
ada juga yang tetap di cabang..
seperti pohon yang dulunya satu..
seperti mereka, kita, saya dan kamu..
seperti mega rabu dan ultra salju.

Friday, April 22, 2011

12 colors


with 12 colors a day, i wonder - why it always comes gray?

Tuesday, January 25, 2011

Sungguh cepat masa berlalu : Penghidup Angka.


Beri jawapan bagi kerja penambahan dan penolakan di bawah.

Bundarkan nombor-nombor berikut.

Kira urusan bahagi tersebut.

Selesaikan permasalahan yang diberi.

Begitulah tampaknya beberapa arahan yang telah sahabat amanahkan pada saya. Malang - meskipun hampir sepurnama saya bergumul dengan arahan itu, tetap juga saya gagal bongkarkan misterinya. Sedikit sebanyak menambahkan kacau lagi mental saya yang sememangnya kacau sejak sepinya satu. Dan pada petang ahad minggu lepas, di sudut kedai makan yang panas, saya bersemuka dengan sahabat.

"Kasi cerita beb, lu bukan tak tau wa ni buta angka.." saya berterus terang.

"Heh, pakai la sikit kepala tu..ini tak, penuhkan dengan sampah je. Ok la, kenapa lu sering didakap susah?..Jawapannya adalah kerana lu tak pandai matematik."

Terkedu saya mendengar.

"Uiks, apa plak kena mengena kesusahan idup wa dengan ilmu kira-kira tu?"

"Tahukah lu..matematik bukan mengajar kita mengira semata-mata beb, dia ajar kita untuk hidup sebenarnya" terang sahabat.

"Hmm...teruskan hujah lu." scene pada waktu itu saling tak ubah seperti ketika Sokrates dan Euthyphro berbahas. Realitinya, otak kiri dan kanan saya sudah pun berlari ke tahap optima.

"Baiklah, kita mula dengan tambah[+] dan tolak[-]. Secara asasnya, kita tahu bahawa tanda [+] dan [-] itu membawa maksud menjadi banyak ataupun menjadi sedikit..tetapi tanda [+] dan [-] itu juga boleh membawa maksud positif dan negatif yang mana juga mendukung istilah baik dan buruk. Dengan erti kata lain, apa yang kita perlu lakukan dalam hidup adalah menambah yang baik dan menolak yang buruk. Faham?".

"Paham..paham..err, bundar plak?" soal saya sedikit gopoh.

"Bertolak ansur. Bundar bermakna bertolak ansur..ada sesetengah perkara kita boleh kurang dan ada sesetengahnya kita boleh lebihkan. Itu juga ada diterapkan dalam agama, cuma kita saja yang tidak sedar...sengaja tidak sedar" jawab sahabat tegas.

Kotak nikotin merah ditangannya diketuk padat, dikeluarkan segulung dan dinyalakan nikmat.

"Disebalik bahagi[÷] pula, matematik melatih kita untuk mengurus. Membahagi harta, membahagi kasih sayang dalam keluarga, membahagi masa, membahagi kerja, membahagi supaya kita adil dan saksama..supaya kita terurus dan berjaya...dan yang terakhir itu lebih menerangkan semuanya. Secara kasar, matematik adalah mengajar kita bagaimana menyelesaikan masalah. Terdapat banyak cabang dalam ilmu matematik. Baik arithmetic, statistic, pseudomathematic dan macam2 'tic' lagi..boleh kata semuanya mengajak kita mencari penyelesaian. Setiap masalah pasti ada jalan keluar dan setiap jalan keluar bergantung pada cara kerjanya" sambungnya panjang lebar.

Saya sendiri secara senyap mengangguk benar hujah sahabat - meskipun tak semua daripadanya dapat saya kunyah bulat-bulat. Saya kira ada logika nya juga di situ, jika tidak masakan Charlie Eppes [NUMB3RS] dan FBI boleh bersatu. Berselang tegukan expresso, sahabat bersuara semula.

"Henri Poincare pernah cakap kat wa dulu. Matematik adalah seni yang memberi nama sama kepada perkara yang berlainan...lu punya seni berlainan nama tapi perkara nya sama".

Sekaligus menamatkan niat saya untuk meneruskan hidup sebagai seorang yang minat melukis mahupun seorang yang pura-pura puitis.

Thursday, January 6, 2011

mentari, rembulan, salji dan hujan



jangan tanyakan pada mentari
jangan tanyakan pada rembulan
jangan harapkan datangnya salji
jangan harapkan datangnya hujan...

Monday, December 13, 2010

sungguh cepat masa berlalu..

"Tahukah kenapa lu sering didakap susah?"

Wah! Saya sungguh terkejut apabila sahabat bertanya begitu. Selama ini memang sekali pun tidak pernah terdetik untuk saya berfikir tentang itu. Memang tidak dinafikan bahawa setiap tahun saya akan mengalami kesusahan. Paling kurang, 12 kali. Saya berfikir-fikir - barangkali itu memang fitrah hidup sebagai seorang manusia. Ciss, rupa-rupanya tidak. Kini tahun baru datang lagi. Ah! sungguh cepat masa berlalu..tak ubah seperti pesawat pejuang yang laju ke depan dan tak mungkin menoleh ke belakang semula.

Demi mencari jawapan untuk soalan tersebut, saya telah membelek kitab-kitab dewa yang terletak di stor rumah saya. Satu persatu saya selak - perlahan-lahan. Tanpa sedar, sudah 2 hari lamanya. Ah! sungguh cepat masa berlalu..tak ubah seperti pesawat pejuang yang laju ke depan dan tak mungkin menoleh ke belakang semula.

Jawapan belum lagi ditemui. Saya bertanya pula pada guru-guru yang bijak pandai. Berbagai bentuk jawapan yang saya terima. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Ada yang penuh dan ada juga yang kosong. Tanpa sedar, lamanya 2 hari juga. Ah! sungguh cepat masa berlalu..tak ubah seperti pesawat pejuang yang laju ke depan dan tak mungkin menoleh ke belakang semula.

4 hari tanpa apa-apa. Sahabat muncul dengan tiba-tiba.

"Tak dapat jawab? Nah, ambik nih!"

Saya capai apa yang dihulurkannya - Buku Teks Matematik Tahun 5.

"Uiks, nak buat apa buku nih?" tanya saya bingung.

"Lu baca arahan yang wa dah bulatkan tu. Nanti wa cerita."

Saya menganggukkan sahaja. Tanpa sedar, apa yang saya nak tulis sudah pun sampai noktahnya. Ah! sungguh cepat masa berlalu..tak ubah seperti pesawat pejuang yang laju ke depan dan tak mungkin menoleh ke belakang semula.






bersambung....

Wednesday, December 1, 2010

enaknya nikotin dan pahitnya kopi

Ratusan kali atau mungkin juga ribuan kali - saya fikir lebih tepat jika saya kata jutaan kali, saya berkonsultasi dengan nikotin dan kopi. Di mana pada penghujung tahun 2010 ini, kedua - duanya tidak mendatangkan kesan lagi. Caffe latte, cappucino, expresso, russian coffee, irish coffee malah macchiato...bagi saya tidak lebih sekadar air kosong sahaja. Walhal, itulah yang kerap saya menjiwainya dulu - bersama Marlboro.

Punca? Saya juga sedang mengorek-ngoreknya. Setiap masa tanpa kira di mana. Tekun di rak-rak buku yang berhabuk. Juga di simpanan movie-movie yang teratur teruk. Anehnya, tiada satu pun daripadanya yang mendatangkan petunjuk. Entah bagaimana, terdetik saya ke kebun yang mana lokasinya cuma beberapa tapak di belakang rumah. Saya duduk dan amati apa yang ada. Bersaat - berminit - berjam berlalu dengan isi kepala yang tiada apa-apa..hinggalah saya terpandang kepada sebatang pokok kelapa.

Ajaib. Dalam waktu yang sama, sahabat datang bertandang. Saya perhatikan di tangannya terdapat kopi setin dan sekotak nikotin. Tanpa salam...

"Lu tu sampah..tak mahir berkomunikasi dengan bunga yang mewangi..apakah hakikat diri lu sudah seperti pokok kelapa?..yang seluruh bahagiannya berguna, dari hujung akar hingga ke daunnya..kasi tanya lu punya diri."

Sesudah sekolah, terus sahabat mengundurkan diri dengan meninggalkan nikotin dan kopi di tepi. Juga tanpa salam. Saya memandang tepat pada kedua-dua teman itu. Memikir dan mengenang...

dan akhirnya saya kecapi semula akan enaknya nikotin dan pahitnya kopi.

Sunday, November 21, 2010

benar ke?


"kalau boleh lukis, kenapa mesti tulis?"

Itu soal yang sering dihulur - yang mana saya sering abaikan.Biasanya berjaya..tapi tidak dengan kurt. Penilaiannya berbeza. Lebih rumit dari sarang semut yang sempit.

"Dengan lukis boleh cipta banyak makna, dengan tulis pula boleh cipta banyak rupa..oleh sebab itu lah di cuba kedua-duanya."

Saya kira itu satu jawapan yang selamat dan cermat.

"Arh, sudah la lu..gua bukan tak tau target audience lu saper..lukis mungkin untuk semua tapi dah tentu bukan tulis..jujur je katakan yang lu tulis buat spesies kedua..kan?"

"uiks, benar ke?" saya cuba membina tembok penafian.

"heh, gua bukan kenal lu setahun dua brader..lu bukan seorang yang bersuara..tapi diam lu berkata-kata. "

"uiks, benar ker?" walaupun hampir runtuh, tembok itu tetap cuba dibina.

"cet, lagi nak sorok ke..malas arh gua nak layan lu..Cuma jangan terlalu lama hidup dalam dunia jiwa. Nanti hilang punca."

"uiks, benar ker?"